KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu kerosakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu depan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika ditemui Bernama selepas menghadiri sesi Kopi, Sukan dan Aspirasi Bersama Atlet Negara di pentas utama, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
"Berkaitan stadium (isu kerosakan padang), kita tunggu minggu depan," katanya ringkas apabila diminta mengulas kekecewaan ramai pihak terhadap keadaan padang rosak di stadium itu ketika aksi final Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam tadi.
Malah, daripada perkongsian gambar di media sosial sebelum ini, kelihatan keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk sehingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir, meskipun usaha untuk membaikinya sudah dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
Keadaan itu turut menarik perhatian pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila berkongsi gambar padang yang rosak selepas konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan, 22 Nov lepas.
Sementara itu, Hannah memaklumkan beliau gembira dengan sambutan daripada golongan muda terhadap pengisian diatur di reruai KBS pada program itu, yang merupakan satu pendekatan untuk rakyat berjumpa dengan pihak berkepentingan dan atlet.
"Saya harap apabila orang ramai datang melihat dan dengar sendiri pengisian-pengisian diatur termasuk cabaran atlet dalam sukan masing-masing maka mereka akan lebih terbuka mengikuti kita bagi program-program akan datang.
"Kebetulan, tahun depan kita ada RM20 juta untuk inisiatif Rakan Muda yang akan diperluaskan di seluruh negara meliputi 10 gaya hidup," katanya.
Program Rakan Muda yang diberi nafas baharu pada Jun lepas kini mempunyai 1,074,934 ahli dengan 3,888 program telah dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir. - Instagram/@hrhcrownprinceofjohor
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Malaysia, Uzbekistan setuju tingkat kerjasama dalam bidang pendidikan
Malaysia komited untuk menyediakan guru Bahasa Inggeris kepada Uzbekistan dalam memastikan bahawa standard pendidikan antarabangsa dipenuhi.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak
Rakaman dron menunjukkan keadaan terkini padang tersebut pada Sabtu masih rosak, bertompok dan berpasir pada beberapa bahagian rumput.
Menjelang konsert Ed Sheeran, ini keadaan permukaan padang SNBJ
Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi digunakan sebagai penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di stadium terbabit, hari ini.
KBS selesai buat pascanilai isu kerosakan padang SNBJ - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan selesai lakukan pascanilai berhubung keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, yang dilaporkan rosak.
Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.
PSM harus peka, ambil iktibar insiden padang rosak
PSM perlu mengambil iktibar susulan insiden padang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia pada Jumaat.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil menyakitkan mata
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi perhatian penyokong bola sepak menjelang aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).
Final Piala Malaysia: Tunggu keputusan MFL
MFL akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.
Padang SNBJ rosak, Instagram Hans Isaac 'diserang' peminat
PEMINAT bola sepak negara menggesa Hans Issac membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah rosak.
Padang SNBJ sedia digunakan untuk final Piala Malaysia
Menurut Hannah Yeoh, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.